Tak Lagi Menoleh

Aku berkhidmat makan gaji hampir 8 tahun. Sepanjang aku berkhidmat di sini, berikut adalah senarai penyakit yang aku alami ; telah mengalami kerosakan ligamen lutut ketika bersukan untuk syarikat, serangan jantung waktu bekerja, penyakit Darah tinggi, serta penyakit Gastrik. Dari segi pencapaian Aku pernah diberikan kelas pencapaian tahap rendah (tawaran untuk berhenti) pada tahun yang sama aku menjalani rawatan dan keputusan kelas pencapaian yang terendah dalam karier.

Kini aku menjadi mangsa mudah dalam memberikan keputusan pencapaian dalam jabatan. Di mana bila nama aku disebut, pelbagai gelaran dan tanggapan negatif diberi. Mangsa mudah bukan? Alasan sudah ada, bahawa aku memang sakit jadi tidak dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Aku pernah mencapai tahap melebihi sasaran tetapi dinafikan kerana perkara kecil yang tidak relevan. Aku digambarkan dan dilabel sebagai beban kepada syarikat.

Aku melihat situasi ini boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan keluarga. Sebelum keadaan menjadi serius, aku terpanggil untuk mengambil keputusan untuk membeli motorsikal berkuasa tinggi dan memulakan perjalanan aku tanpa menoleh belakang lagi.

LONE CROW ZERO

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s